Perancangan Jangka Pendek

Penyusunan Semula PSS SMKSKP2

Merancang dan melaksanakan, PSS SMKSKP2 mendapat wajah baru dengan penyusunan semula JK Induk, JK Kerja, Pengawas PSS dan kemas kini susun atur PSS menjelang Februari 2015


Program NILAM

Merancang dan melaksanakan, Program Galakan Membaca NILAM dilaksanakan dan mengumpul data NILAM bermula Februari 2015. Memastikan bergeraknya Projek Pukal, Duduk Membaca, Bacaan Senyap, Taman Ilmu, Pondok Bacaan, Sudut NILAM setiap kelas, Bilik Operasi NILAM dan kemas kini data semasa rekod NILAM pada tahun ini.


Mencari Sumber Kewangan Tambahan

Merancang dan melaksanakan program yang mampu mengumpul dana untuk menambah koleksi bahan dan keceriaan PSS seperti jualan kad, VCD/DVD terbitan PSS.


Mengemas kini stok, rekod, dokumentasi

Memasti dan melaksanakan proses berterusan stok, rekod, pengkatalogan dan dokumentasi PSS bermula Januari 2015.


 Penerbitan Buletin 2015

Merancang dan menerbitkan buletin dwibulanan bermula Mac 2015.


Mempromosikan Program Ke PSS Satu Kemestian

Merancang dan mempromosi PSS sebagai satu kemestian setiap murid dan guru mengunjungi untuk mendapatkan sebarang sumber keilmuan.


Pengautomasian PSS
Merancang dan melaksanakan pengautomasian PSS bagi setiap program, rekod, stok, proses pinjaman dan pemulangan bahan PSS dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang Jun 2015.


Aktiviti / Kuiz / Pertandingan

Merancang dan mengendali seboleh mungkin aktiviti/kuiz/ pertandingan dengan kerjasama panitia mata pelajaran sepanjang tahun 2015 seperti Teka Silang Kata, Tulisan Cantik, Buku Skrap dan sebagainya.


Pameran Bertema

Merancang dan mengadakan pameran bertema sepanjang tahun 2015 seperti (Mac) Program Inovasi, (Mei) Hari Guru/ cuti-cuti Malaysia, (Jun) Hari Ibu/Bapa, (Ogos) Bulan Merdeka, (September) Bulan Kerjaya, di ruangan pameran bertema.


Perkembangan Staf (LDP)


Merancang dan mengendalikan program perkembangan staf bagi tahun 2015 terutama Program EduWebTV.com,Vle Frog, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer, Penjilidan Bahan, Pengkatalogan Bahan, Teknologi Maklumat dan Info Semasa.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Tugas Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja PSS

Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah

Panduan Tugas Jawatankuasa Program Nilam