Senarai Tugas Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja PSS


1.    Senarai Tugas Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja PSS


1.1       Pengerusi
·        Sebagai ketua pentadbir, pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK induk PSS.
·        Memastikan PSS berjalan dengan berkesan demi mencapai objektif-objektif  PSS yang dirangkakan.

i.       Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan bantuan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
ii.      Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat atau media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif.
iii.     Menyelaras kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan.
iv.    Mengadakan perbincangan dengan para pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan pelbagai peringkat mengenai program media pendidikan di sekolah.
v.      Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS lain.
vi.    Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
vii.   Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baru dan yang selalu digunakan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan.
viii.  Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran dan pembelajaran.
ix.    Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan para pelajar untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS merentasi kurikulum.
x.      Menyebarkan konsep PSS kepada guru-guru, para pelajar dan masyarakat tempatan.
xi.    Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan dan maklumat terkini.
xii.   Dapat menerima perubahan dalam perkembangan pendidikan dengan fikiran terbuka dari masa ke semasa.


1.2  Guru Perpustakaan dan Media


   i.  Menyelaras semua program media yang dirancang dan   memastikan agar ianya dilaksanakan.
                                               i.          Membantu menggariskan matlamat, objektif dan perancangan dasar yang akan dilaksanakan oleh PSS.
                                              ii.          Memantau dan memastikan program-program pembangunan serta perancangan aktiviti agar dilaksanakan dengan cemerlang.
                                             iii.          Menyediakan senarai semak tugas untuk memastikan perkembangan dan tindak ikut perancangan dan pembangunan PSS.
                                            iv.          Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS dengan kerjasama semua AJK Kerja PSS.
                                              v.          Mengurus dan mengelolakan semua kemudahan fizikal dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
                                            vi.          Memilih dan memesan bahan-bahan perlu dan yang bersesuaian untuk keperluan masyarakat sekolah dengan kerjasama guru-guru.
                                           vii.          Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
                                          viii.          Bekerjasam dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
                                            ix.          Menggalakkan guru dan pelajar untuk menggunakan pelbagai media dalam pendidikan.
                                              x.          Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PSS.
                                            xi.          Menganjurkan sesi promosi yang bersesuaian untuk menggalakkan budaya penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
                                           xii.          Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.
                                          xiii.          Memastikan penyediaan rekod-rekod yang lengkap untuk tujuan penyemakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang melakukan lawatan.
                                         xiv.          Menyediakan laporan tahunan PSS.
                                           xv.          Mendapatkan maklum balas dan cadangan-cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
                                         xvi.          Membuat penilaian dan kaji selidik tentang keberkesanan penggunaan semua perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
                                        xvii.          Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
                                       xviii.          Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Pengerusi atau pihak pentadbir sekolah.


1.3    Guru Perpustakaan


i.          Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
ii.                Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan perpustakaan.
iii.               Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teratur dan bersistematik.
iv.              Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.
v.                Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.
vi.              Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang bersistem.
vii.             Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
viii.            Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog penerbit, senarai tajuk dll.) untuk mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.
ix.              Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
x.                Mengelas dan mengkatalog bahan-bahan dari koleksi.
xi.              Menyediakan katalog yang kemaskini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
xi.              Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan.
xii.             Melantik PENGAWAS PSS dan mengadakan program-program latihan yang bersesuaian dengan keperluan.
xiii.            Membantu menguruskan semua program media PSS yang berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan.
xiv.           Membantu para pelajar untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk bacaan dan rujukan.
xv.             Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang cara-cara memaksimumkan penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik.
xvi.           Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xvii.          Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.



1.4     Guru Bahan Bantu Mengajar


i.          Mencatatkan semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat bantu mengajar.
ii.                Mengelas dan mengkatalog semua bahan perisian yang dibeli atau diterima.
iii.               Menyedia dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
iv.              Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal serta untuk menggalakkan penggunaan media pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan para pelajar.
v.                Menasihati dan membimbing guru-guru serta pelajar tentang kaedah memilih jenis-jenis media yang bersesuaian, praktikal dan bekesan untuk pengajaran dan pembelajaran.
vi.              Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran para guru.
vii.             Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari masa ke semasa untuk makluman guru dan pelajar.
viii.            Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikan.
ix.              Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.
x.                Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang memerlukannya.
xi.              Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan para pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu.
xii.             Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xiii.            Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.


1.5         Guru Kanan Mata Pelajaran


i.                 Merancang supaya dapat membudayakan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan para pelajar di sekolah.
ii.                Menyebarkan maklumat-maklumat terkini tentang teknologi pendidikan kepada semua guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
iii.               Membantu AJK PSS dalam pemilihan bagi mendapatkan alat dan bahan pengajaran yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan pelajar.
iv.              Membantu dan merancang agar guru-guru dapat membina alat dan bahan pengajaran dengan menggunakan pendekatan bersistem.
v.                Menilai keberkesanan alat dan media pengajaran yang dibeli ataupun yang dihasilkan sendiri.
vi.              Mewakili PSS dalam semua aktiviti perkembangan kurikulum sekolah khususnya Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
vii.             Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
viii.            Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.



1.6         Guru Media/Unit Teknologi


i.                 Menggalakkan pembudayaan penggunaan media teknologi pendidikan terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota yang berseuaian untuk digunakan.
ii.                Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknologi pendidikan yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii.               Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD.
iv.              Menyediakan jadual penggunaan, statistik ataupun mempamerkan bahan-bahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.
v.                Menyedia dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar yang memerlukan.
vi.              Melapor sebarang kerosakan alatan supaya segera dibaikpulih dengan secepat mungkin.
vii.             Merancang anggaran belanjawan tahunan bagi penyediakan perkhidmatan TV Pendidikan dan Radio Pendidikan.
viii.            Merancang dan menjalankan progam-program yang bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan APD secara berkesan.
ix.              Menyediakan catatan dalam buku-buku laporan tentang sebarang aktiviti yang telah dijalankan untuk tujuan penyemakan dan rekod.
x.                Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
xi.              Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.


1.7            Guru Panatia Mata Pelajaran

i.                 Membantu jawatankuasa PSS untuk memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar.
ii.                Membantu guru-guru untuk mereka dan membuat alat dan bahan pengajaran pembelajaran dengan menggunakan pendekatan bersistem.
iii.               Membantu jawatankuasa PSS untuk menilai keberkesanan alat dan bahan media yang telah dibeli atau yang dihasilkan sendiri.
iv.              Membantu PSS dalam merencana aktiviti pembinaan dan penerbitan bahan.
v.                Mewakili PSS dalam aktiviti perkembangan kurikulum sekolah khususnya KBSR/KBSM.
vi.              Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.





1.8     Guru Komputer


i.          Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan komputer termasuk keperluan-keperluan semasanya.
ii.                Mempunyai catatan (Buku Stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian (software) seperti komputer, kertas, disket, reben/dakwat dll.
iii.               Bertanggungjawab untuk melatih dan membudayakan penggunaan komputer melalui program literasi komputer yang bersesuaian.
iv.              Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.
v.                Berusaha mengelas dan mengkatalog disket-disket yang dimiliki.
vi.              Merancang aktiviti unit komputer.
vii.             Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod penggunaan dan lain-lain.
viii.            Melapor sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baikpulih atau penggantian dengan kadar yang segera.
ix.              Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
x.                Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah



1.9      Pembantu PSS


i.          Urusan Am
·        Mengawal PSS semasa dibuka
·        Menyusun buku,  menjaga kebersihan kebersihan  PSS
·        Menjalankan tugas-tugas lain mengenai  PSS yang diarahkan oleh guru-guru PSS,     Guru Kanan,  Guru Besar / Pengetua.               

ii.                Pinjaman
·        Mengurus hal pinjaman,  menyemak buku yang dipulangkan
·        Membuat notis peringatan kepada peminjam yang lewat memulangkan buku,
·        Menyediakan  analisis pinjaman

iii.               Pembelian
·        Menyediakan senarai pesanan
·        Menaip surat
·        Menyemak bahan yang baru dibeli

iv.              Memproses buku
·        Menulis nombor perolehan dan nombor panggilan
·        Menyediakan kocek,  kad buku dan slip tarikh pulang
·        Membalut buku  dll.

v.                Memperbaiki buku
·        Membaikpulih buku yang rosak atau koyak
·        Menjilid majalah dan lain-lain yang perlu

vi.              Fail tegak
·        Menyediakan keratan akhbar,  gambar-gambar,  brosur  dan sebagainya.

vii.             Menaip
·        Pengautomasian  PSS

viii.            Rekod
·        Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan  PSS.
·        Menguruskan penyemakan stok

ix.              Seranta
·        Menyediakan bahan pameran,  papan kenyataan dan sebagainya.


1.10    Pengawas PSS


i.          Membantu dalam pengedran bahan buku  (peminjaman dan pemulangan)
ii.                Membantu dalam penyusunan bahan di rak dll.
iii.               Menyimpan dan menyusun bahan yang telah digunakan oleh pengguna ke tempat asal.
iv.              Menjag akebersihan  PSS,  menyusun dan mengemas.
v.                Membantu melakukan kerja  memproses bahna seperti melabel, cop hak milik dsb.
vi.              Membantu dalm penyenmakan buku,  majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal dan merekodkan ke dalam buku stok.
vii.             Membantu menguruskan  fail tegak,  buku skrap, gambar, keratan akhbar  dll.
viii.            Membantu menguruskan Alat Pandang Dengar  (termasuk perkakas dn bahn perisian).
ix.              Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.
x.                Menguruskan perkhidmatan rujukan.
xi.              Membantu membaik pulih bahan yang rosak.
xii.             Melakukan tugas-tugas perkeranian sekiranya  PSS tidak mempunyai kerani.

xii.             Menjalankan tugas lain sebagaiman yang diarahkan oleh Pengetua/GuruBesar dan guru  PSS.

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Tugas Jawatankuasa Program Nilam

Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah