Sejarah Sek. Men. Keb. Seri Kota Puteri 2

Lembaran sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri 2 (SMKSKP2)  telah bermula  pada 1 Januari 2003  dengan jumlah pelajar seramai 155 orang  dan tenaga pendidik seramai 11 orang. Sekolah ini ditubuhkan dengan mengambil nama sempena nama kawasan perumahan yang berhampiran iaitu  Taman Kota Puteri.Pelajar – pelajar yang bersekolah di sini adalah dari kawasan yang berhampiran iaitu Taman Kota Puteri dan Taman Megah Ria.

Alamat penuh sekolah ini adalah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI 2, TAMAN KOTA PUTERI, DI ATAS LOT 119773, MUKIM PLENTONG, JOHOR DARUL TAKZIM..

Sekolah ini dibina di atas tapak lot PTD 119773 dan keluasannya ialah 10.76 ekar .Milikan tapak bagi projek ini telah diperolehi pada 20hb Jun, 2000. Namun di sebabkan oleh beberapa kekangan sekolah ini dijangka siap pada 18hb November, 2002. Kontraktor yang bertanggungjawab dalam pembinaan sekolah ini  adalah dari  sebuah syarikat pembinaan swasta bertaraf Kelas A iaitu BAKTI INSANI SDN. BHD. dan rekabentuknya di selaraskan oleh AKITEK SUDIN GHAFFAR. Sekolah ini dibina berdasarkan konsep “Design and Build”.

Menelusuri tampuk pentadbirannya pula, SMKSKP2 diterajui oleh pengetua pertama iaitu Pn Osmirah bt. Osman yang mula bertugas pada  30 Jun 2003. Beliau merupakan bekas Penolong Kanan 1 di SMK Pasir Gudang 2 yang kemudiannya menerima kenaikan pangkat sebagai pengetua disekolah ini.

Dari segi prasarana sekolah ini mempunyai sebuah blok Pentadbiran, 3 buah blok Bilik Darjah, 2 buah blok Bengkel dan Pertukangan, sebuah blok Makmal, sebuah blok Sukan, sebuah blok Kantin, sebuah blok Loji Sampah, sebuah Surau, sebuah TNB Sub-Station, 2 buah Wakaf, padang bola jaring, bola tampar & bola keranjang dan juga pondok Pengawal. Selain itu terdapat pelbagai kemudahan yang lain disediakan seperti perkhidmatan  perpustakaan, makmal komputer, serta dewan serbaguna bagi kegunaan perhimpunan dan juga aktiviti “indoor”.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Tugas Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja PSS

Panduan Tugas Jawatankuasa Program Nilam

Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah