Kemudahan dan Perkhidmatan

Pusat Sumber Sekolah, SMK Seri Kota Puteri 2  memiliki semua ciri-ciri dan kemudahan yang dimiliki oleh kebanyakan PSS yang lengkap. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ialah :

Perpustakaan

Memberi kemudahan dan perkhidmatan bahan bacaan serta rujukan untuk semua warga sekolah.


Bilik Tayangan (APD)

Menyediakan kemudahan LCD projektor, OHP projektor, DVD player, televisyen, radio, alat muzik dan koleksi CD/VCD/DVD/CDRI untuk rujukan.


Makmal Komputer (ICT)

Memiliki kelengkapan ICT lengkap Schoolnet Fasa 1 dengan 20 buah komputer murid.


Siar Raya

Memiliki peralatan PA sistem yang efisyen.


Laman Web, E-Mel dan Blog

Membenarkan akses dan berinteraksi tentang SMKSKP2 di mana-mana sahaja menerusi internet dan telefon bimbit.


Self-Access Learning Centre (SALC)

Menyediakan kemudahan belajar sendiri di kalangan murid yang mempunyai masa senggang.


Bahan Bantu Mengajar

Merancang, membina, mengumpul dan menyediakan kemudahan peminjaman bahan dalam bentuk bercetak, audio, visual, 3D, deorama dan sebagainya.


Galeri

Mempamerkan sejarah, pencapaian dan koleksi bahan sebagai sumber rujukan. 

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Tugas Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja PSS

Panduan Tugas Jawatankuasa Program Nilam

Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah